Pengangkutan darat Pengangkutan_di_Johor

Bas dan teksi

Terminal Bas Larkin

Negeri Johor mempunyai sistem lebuh raya yang bagus. Lebuhraya Utara Selatan mengaitkan kebanyakan bandar-bandar utama di negeri Johor dan juga dengan segala negeri-negeri di barat Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, Tambak Johor yang dilengkapkan dengan lebuhraya duaan tiga lorong menyambungkan negeri Johor dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat bandar raya Johor Bahru telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan bas yang disediakan di negeri ini.[1] Manakala perkhidmatan teksi pula, boleh berhubung dengan perkhidmatan teksi Johor Bahru iaitu boleh pergi ke destinasi sekitar Iskandar Malaysia termasuk Johor Bahru.

Kereta api dan LRT

Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral

Sistem jalan keretapi di Johor yang dikelolakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bermula di Stesen KTMB Johor Bahru sehingga Stesen KTMB Gemas. Hanya terdapat satu landasan keretapi sahaja di tengah-tengah negeri Johor tetapi mempunyai dua cabang iaitu cabang Kempas ke Pelabuhan Pasir Gudang dan cabang Skudai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Menjelang 2011 landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru bakal dibina dengan bantuan kerajaan melalui kontraktor yang dilantik. Apabila siap nanti semenanjung Malaysia mempunyai sistem jalan keretapi yang lebih cekap dan efisen dari Johor Bahru ke Padang Besar.